Saturday, July 18, 2026

31,566 penyu mendarat sejak 2021

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 31,566 pendaratan penyu direkodkan di lapan negeri di seluruh negara sejak 2021.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan (DOF), Datuk Adnan Hussain berkata, selain itu, sebanyak 2,648,278 pengeraman, 1,771,459 penetasan dan 1,684,005 pelepasan telah dicatatkan dalam tempoh tersebut.

Katanya, lapan negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Labuan

“Pengutipan data penyu seperti pendaratan, pengeraman, penetasan dan pelepasan dilaksanakan secara berterusan oleh kakitangan yang dilantik DOF atau kerajaan negeri.

“Kakitangan ini ditempatkan di pusat konservasi dan penerangan penyu dan hatcheri penyu untuk melaksanakan aktiviti mengutip dan memindahkan telur ke hatcheri, pelepasan anak penyu dan pengurusan pusat tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan, pendaratan penyu di Terengganu diancam kepupusan susulan tiada langkah diambil kerajaan dalam menangani isu kecurian telur penyu.

Adnan berkata, penyelidik-penyelidik di Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang (IPPRA), Terengganu telah menjalankan sebanyak lapan kajian berkenaan spesies marin terancam khususnya penyu.

“Ini untuk mengenal pasti status semasa penyu melalui kajian berterusan yang dilaksanakan di beberapa negeri,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan