26 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 16, 2024

Cubaan seludup daging kering penyu, balat berjaya digagalkan

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat telah berjaya mematahkan cubaan seludup daging spesis terancam yang dipercayai penyu dan balat di perairan Kudat, Ahad lalu.

Pengarahnya, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bertindak hasil maklumat risikan, aset Maritim Malaysia telah diatur gerak bagi mengesan sebuah bot yang dilapor melakukan aktiviti mencurigakan di kawasan pesisir timur Pantai Tanjung Kalutan, Kudat kira-kira 5 petang.

Beliau berkata, semasa cuba menghampiri bot terbabit, suspek telah bertindak melarikan diri ke kawasan cetek bagi mengelak daripada ditahan pihak penguat kuasa Maritim Malaysia.

Tambah beliau, setibanya bot ronda Maritim Malaysia di lokasi, pihaknya telah menemukan 23 guni daging penyu kering dianggarkan seberat 160 kilogram (kg) serta 52 guni balat kering dengan anggaran berat 500 kg yang telah dicampak oleh suspek.

Advertisements

“Kesemua barangan rampasan yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000 itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk disiasat di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana disyaki cubaan menyeludup spesis haiwan terlindung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Maurice berkata, pihaknya berjaya menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran kerana melakukan beberapa jenis kesalahan di kedudukan kira-kira 1.85 batu nautika tenggara Tagumamal Laut, Kudat, Sabtu lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan, anggotanya telah menahan dua individu yang mengendalikan bot terbabit yang juga merupakan warga tempatan berumur lingkungan 17 dan 27 tahun.

“Kedua-dua suspek bersama bot serta hasil tangkapan telah ditahan dan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana tidak mempunyai lesen perikanan dan menangkap ikan dengan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam ditahan buat buat komen jelik 3R di Tiktok

SEORANG penjawat awam ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung komen jelik melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) yang...

Lagi Artikel Berkaitan