31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Penggubalan Enakmen Pendaftaran Petani dipersetujui – KPKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CADANGAN untuk menggubal Enakmen Pendaftaran Petani telah dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Pertanian dengan Exco- Exco Pertanian Negeri Bilangan 1 2023 yang diadakan secara hibrid, semalam.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi kenyataan berkata, penggubalan Enakmen Pendaftaran Petani bertujuan menyediakan pangkalan data yang merekod dan mendaftarkan petani di negara ini.

“Melalui usaha ini, kerja-kerja untuk mengenal pasti bilangan sebenar petani yang terlibat dalam sektor pertanian dapat memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani.

“Selain itu ianya juga dapat dijadikan rujukan semua pihak khususnya dalam merancang pembangunan sektor agro makanan serta mengelakkan berlaku ketirisan dalam pemberian bantuan kepada petani,” katanya hari ini.

Advertisements

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

KPKM berkata, kertas pertimbangan yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai Cadangan Pewujudan Kawasan Khusus Pertanian Organik di peringkat negeri.

“Pewujudan kawasan yang dicadangkan ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN2.0), Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 serta Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDGs).

“Di mana pertanian organik adalah salah satu aktiviti yang diberi tumpuan dalam menangani cabaran global yang kritikal melalui amalan mesra alam serta keselamatan kepada pengguna,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan