30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

KPM jangan tunduk desakan batal Minggu Solidariti Palestin

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) digesa tidak tunduk dengan desakan mana-mana pihak yang mahu membatalkan Minggu Solidariti Palestin yang bermula pada Ahad hingga Jumaat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, KPM tidak sewajarnya tunduk pada desakan berkenaan ketika seluruh dunia mengecam kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Kerana nila setitik, ada pihak dan individu ambil kesempatan desak KPM batalkan Minggu Solidariti Palestin yang bermula hari ini.

“KPM tidak wajar tunduk kepada desakan itu. Ternyata insiden pelajar bawa senjata mainan dianjurkan di luar tempoh pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin.

“Di saat seluruh negara dan dunia mengecam kekejaman Israel, tidak ada sebab semua peringkat rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat Palestin yang juga ternafi hak pendidikan berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Semalam, DAP dilaporkan menggesa KPM mengambil tindakan tatatertib terhadap penganjur yang mempamerkan unsur kekerasan dan bersenjata di sekolah yang dikatakan terbabit dalam Minggu Solidariti Palestin.

Advertisements

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, DAP menentang sebarang bentuk keganasan khususnya di peringkat sekolah membabitkan murid di usia muda.

Baru-baru ini, KPM dilaporkan akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November bertujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan, dalam kalangan pelajar.

Selain sekolah, arahan itu juga membabitkan kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Sebelum ini, tular foto kanak-kanak memegang senjata mainan didakwa berkaitan dengan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah.

Menurut laporan, badan bukan kerajaan (NGO) Global Human Rights Federation (GHRF) mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai ‘mengejutkan dan menakutkan’.

Sehubungan itu, beberapa NGO membantah arahan supaya sekolah mengadakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan