27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Terbuka Denmark: Zii Jia tempah tiket final

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSEORANGAN lelaki negara, Lee Zii Jia seperti dijangka mudah menempah tiket ke final Terbuka Denmark selepas menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu dalam straight set, 21-15, 21-17, awal pagi tadi.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Arena Jyske Bank sebentar tadi, Zii Jia hanya memerlukan 43 minit untuk menewaskan pemain di ranking ke-18 dunia tersebut.

Menanti perseorangan utama negara itu di final adalah pemain muda China berusia 24 tahun, Weng Hong Yang.

Hong Yang mara ke final selepas mencipta kejutan apabila menewaskan rakan senegara yang juga pemain nombor empat dunia, Shi Yu Qi dalam straight set, 21-19, 21-14 dalam tempoh 50 minit.

Advertisements

Kemaraan Zii Jia menyaksikan terdapat dua wakil negara dalam aksi final yang akan berlangsung pada sebelag malam nanti.

Ini selepas gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik turut mara ke perlawanan akhir selepas bekerja keras sebelum menewaskan beregu Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim Astrup 16-21, 21-15, 21-15.

Untuk rekod, ini merupakan final kedua dalam tempoh dua minggu yang ditempoh Zii Jia selepas menang Terbuka Artic, minggu lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan