32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Terjun laut, sembunyi semak elak ditahan penguatkuasa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEKUMPULAN pendatang asing tanpa izin (PATI) mengambil tindakan nekad terjun ke laut dan menyembunyikan diri dalam semak bagi mengelakkan ditahan penguatkuasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Hapdzan Husaini berkata, kesemua mereka bagaimanapun gagal meloloskan diri kerana kecekapan pasukan operasi menutup ruang dengan mengepung premis berkenaan.

“Setiap pintu bilik telah diketuk pegawai kanan dan memperkenalkan diri serta

menunjukkan kad kuasa jabatan memberitahu tujuan kehadiran kepada penghuni yang mendiami bilik-bilik di lokasi serbuan. 

“Kehadiran pasukan operasi di lokasi serbuan menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut dan menyembunyikan diri di dalam semak sekitar lokasi serbuan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Operasi Bersepadu itu dijalankan bersama Jabatan Imigresen (JIM) Perak, Putrajaya dan Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekitar pukul 1 pagi hingga pukul 4 pagi.

Advertisements

Serbuan dijalankan di kawasan premis dan sekitar jeti pelantar ikan yang mempunyai bot-bot nelayan di Hutan Melintang, Perak semalam.

Hapdzan berkata, seramai 61 individu telah diperiksa terdiri daripada warganegara Myanmar, Thailand dan Indonesia.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 59 telah ditahan melibatkan seorang warga Thailand, Indonesia 13, Vietnam (2) dan Myanmar (36) dalam lingkungan umur tujuh hingga 55 tahun.

“Kesemua mereka ditangkap untuk siasatan kerana dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Selain iut, Seksyen 15(1)(c) iaitu telah tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu telah melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan