25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Langgar syarat sah lesen, 20 nelayan asing ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 20 nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana melanggar syarat sah lesen dan tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bot dan kru ditahan pada kedudukan 2.1 batu nautika dari Pulau Pangkor sekitar puku 11.00 pagi kelmarin. 

“Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan seorang tekong bersama empat kru warga Thailand, Myanmar (14) dan seorang warga Kemboja berumur lingkungan 17 hingga 53 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan Kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Advertisements

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu  menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran yang sah serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Mohd. Hambali berkata, kesemua nelayan ditahan, bot berserta peralatan menangkap ikan dirampas dan di bawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh sebelum diserah kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia ingin menegaskan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil ke atas mereka.

“Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan