27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Piala Malaysia: JDT benam Kelantan 5-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah membenam Kelantan 5-1 dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Penyerang import baharu dari Brazil skuad Harimau Selatan, Heberty mencuri tumpuan apabila meledak dua gol sementara tiga lagi gol masing-masing disumbangkan Bergson da Silva, Shahrul Saad dan Nazmi Faiz Mansor.

Dalam aksi di Kota Bharu, JDT tidak menunggu lama untuk memulakan pesta apabila mencipta jaringan seawal minit keenam menerusi penyudah Bergson.

Jaringan tersebut mendapat bantahan pemain Kelantan yang mendakwa penjaga garisan telah mengangkat bendera menandakan ofsaid namun pengadil tetap dengan keputusan dibuat.

Heberty menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-15 apabila dia yang tidak dikawal melepaskan sepakan kaki kiri susulan percubaan Oscar Arribas terkena pertahanan The Red Warriors.

Advertisements

Penjaga gol, Irfan Haikal Iffendi berjaya menyelamatkan percubaan lemah Heberty, hasil hantaran Nazmi Faiz pada minit ke-22.

Namun, dua minit kemudian, Heberty menggunakan kelebihan fizikal yang dimilikinya apabila mudah mencetak gol ketiga pelawat ketika penjaga gol hanya mampu memerhatikan bola menerjah gawangnya.

Shahrul menjadikan kedudukan 4-0 apabila menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Arribas pada minit ke-50.

JDT tambah selesa apabila Nazmi Faiz yang tidak dikawal mudah menyepak masuk hantaran penyerang muda, Daryl Sham George pada minit ke-67.

Gol saguhati tuan rumah diperoleh pada minit ke-85 menerusi ledakan padu dari luar kawasan penalti Khala’if Naskam sekali gus menewaskan Farizal Marlias di gawang JDT. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan