33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Piala Malaysia: Sri Pahang berpeluh sebelum tewaskan Harini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SRI PAHANG FC dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas kelab Liga M3, Harini FT dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

David Rowley meletakkan Sri Pahang 1-0 di depan apabila menanduk masuk hantaran silang Syazwan Andik Ishak pada minit ke-19.

Kpah Shermann terlepas peluang menggandakan jaringan buat Sri Pahang selepas menerima hantaran Rowley namun percubannya diselamatkan penjaga gol, Hafizul Hakim Nizam Jothy.

Syazwan Andik meletakkan Sri Pahang selesa 2-0 di depan pada minit ke-54 susulan larian bijaknya masuk ke dalam kawasan penalti, memperdaya dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan untuk gol kedua pelawat.

Advertisements

Kesilapan hantaran ke belakang Nicholas Swirad dipintas Fikri Mohamed Shah yang kemudiannya mudah menolak masuk gol pertama tuan rumah.

Penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-74 untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Baqiuddin Shamsudin muncul wira Sri Pahang apabila menjaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan.

Gol tersebut sudah cukup memastikan Sri Pahang membawa bekalan satu gol apabila menanti kunjungan Hariti FT pada 20 Ogos ini di Stadium Darul Makmur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan