31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Dua gol Mamut bawa Terengganu ke final Piala Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

IVAN Mamut meledak dua gol untuk membawa Terengganu FC ke final Piala Malaysia selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC, 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Sang Penyu menempah pertemuan dengan penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mara dengan agregate, 4-2.

Tewas 2-1 di Stadium KLFA di Cheras dalam aksi pertama, anak buah Nenad Bacina cuba mengasak di awal permainan untuk mencari gol penyamaan.

Namun, Terengganu yang berjaya menyerap setiap asakan pelawat berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-42 apabila Mamut yang menerima umpanan Nor Hakim Hassan, berpusing sebelum melepaskan rembatan melepasi Kevin Mendoza.

KL City menggandakan asakan sebaik babak kedua bermula dan usaha tersebut berhasil hanya dalam tempoh enam minit perlawanan bersambung.

Advertisements

Penyerang import, Romel Morales yang tidak dikawal di bahagian kiri mudah menanduk masuk hantaran silang Haqimi Azim Rosli untuk menjadikan kedudukan 3-2 secara agregate.

Namun, Mamut memadam usaha kebangkitan pelawat apabila meledak gol kedua peribadinya pada malam itu dengan gol kedua pada minit ke-66.

Gol tersebut terhasil daripada gerakan Habib Haroon dan Liridon Krasniqi sebelum disudahkan menerusi sepakan lencong Mamut untuk menjadi kedudukan 2-1.

KL terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada waktu kecederaan apabila Kenny Palraj dilayangkan kad kuning kedua selepas didakwa sengaja menjatuhkan Azam Azmi Murad.

Untuk rekod, ini merupakan final kedua Terengganu dalam tempoh lima tahun selepas kali terakhir melakukannya pada 2018. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan