32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Me’nate Steak Hub sasar RM300,000 bantu Palestin

Mesti Baca

MENYASARKAN kutipan sebanyak RM300,000 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin di Gaza, Me’nate Steak Hub menganjurkan kempen ‘Dine and Donate For Palestine’.

Penganjuran itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima.

Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali berkata, melalui kempen yang dianjurkan mereka berharap sasaran kutipan sebanyak RM300,000 terlaksana.

“Kempen ‘Dine and Donate For Palestine’ ini akan bermula pada Isnin ini, 6 November dan berakhir pada 20 November.

“Kempen ini akan membabitkan semua 13 cawangan restoran kami, di mana Me’nate akan menyumbang 10 peratus daripada hasil jualan sepanjang kempen 15 hari ini berlangsung,” katanya yang juga pemilik Me’nate Steak Hub.

Syed Ashraf berkata, tiada limit untuk pelanggan membeli di restoran mereka walaupun hanya segelas air setiap jualan yang diterima, 10 peratus tetap akan disumbangkan.

Malah, tempoh kempen yang dianggap singkat adalah bagi memberikan bantuan dengan segera kepada mangsa peperangan di sana.

Advertisements

Namun tidak menolak jika mendapat sambutan kempen ini akan dipanjangkan lagi tempohnya menerusi pengumuman yang akan dibuat kemudian.

“Ini adalah kempen yang kali pertama kami adakan, fokus kami cukup jelas untuk memberikan bantuan secepat mungkin kepada rakyat Palestin yang kini terjejas teruk.

“Bukan sahaja dari segi bantuan makanan tetapi juga perubatan. Dengan kutipan yang disasarkan, harapan kami bantuan untuk mangsa-mangsa di sana akan segera sampai.

“Jika sambutan menggalakkan kami akan pertimbangkan untuk memanjangkan kempen ini demi pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Syed Ashraf berkata, kerjasama dengan SEJAGAT dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima diharap dapat memudahkan misi menghantar bantuan ke Palestin melalui saluran yang tepat.

“Sejagat dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima mempunyai pengalaman yang luas dan hubungan yang baik dengan Palestin dalam memastikan dana ini sampai kepada mereka yang sangat memerlukan ketika ini.

“Kempen ini adalah pengalaman baru buat kami dalam mengadakan bantuan kemanusiaan antarabangsa seperti ini dan pasti ianya bukan yang terakhir kerana selama ini Me’nate aktif dan komited dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di peringkat tempatan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelaburan RM10.5 bilion bukti Microsoft yakin ekonomi negara

PELABURAN sebanyak RM10.5 bilion oleh syarikat gergasi Microsoft membuktikan keyakinan para pelabur asing terhadap asas ekonomi negara yang kukuh,...

Lagi Artikel Berkaitan