26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sindiket proses, edar daun ketum tumpas, seorang lelaki ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SINDIKET pemprosesan dan pengedaran air ketum di sekitar Lembah Klang berjaya ditumpaskan apabila seorang lelaki ditahan polis di sebuah rumah di Bandar Baru Salak Tinggi, awal pagi tadi.

Serbuan dijalankan kira-kira jam 5 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, hasil daripada pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut, polis turut berjaya merampas 180 botol plastik lutsinar berisi cecair keperangan dipercayai air ketum dengan anggaran isipadu keseluruhan 270,000 milimeter.

Katanya, lanjutan daripada tangkapan dan rampasan tersebut membawa kepada serbuan di rumah kedua yang terletak bersebelahan dengan rumah pertama.

“Hasil rampasan berupa sejumlah 284 bungkus plastik lutsinar di dalamnya berisi leraian dedaun berwarna hijau disyaki daun ketum dengan anggaran berat 68.49 kilogram.

“Selain itu, dua bungkus guni warna putih di dalamnya berisi leraian dedaun berwarna hijau yang telah dihiris disyaki daum ketum dengan anggaran berat 28.47 kilogram.

“Turut dirampas dua tong gas, satu unit dapur gas dan satu unit periuk aluminum,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, daripada siasatan lanjut mendapati daun ketum yang dirampas ini dipercayai akan diproses menjadi air ketum sebelum dijual untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

“Nilai rampasan keseluruhan barang kes disyaki air dan daun ketum dianggarkan bernilai RM3670.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Berikutan itu, suspek ditahan reman selama empat hari dibawah Seksyen Kanun Tatacara Jenayah mulai hari ini.

“Kes akan disiasat dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan