PENYANYI kumpulan Blackpink, Lisa telah diharamkan dalam platform media sosial China, Weibo selepas didapati terbabit dalam satu persembahan tidak senonoh di Paris.
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal, hilang dari Weibo pada minggu ini dengan halaman akaun peribadinya digantikan dengan mesej ralat ‘tidak boleh dilihat kerana melanggar undang-undang dan peraturan’.
Turut menerima nasib sama, pelakon wanita Hong Kong, Angelababy atau nama sebenarnya Angela Yeung.
Bagaimanapun, Weibo tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai sekatan berkenaan dan Agensi pengurusan Lisa, YG Entertaiment memberitahu AFP bahawa pihaknya enggan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
Namun, pengguna akaun Weibo dan laman hiburan China membuat spekulasi bahawa kedua-dua artis itu disekat selepas laporan pada akhir September lalu bahawa Angleababy menghadiri persembahan oleh Lisa di Crazy House di Paris.
Menurut laman web hiburan, Lisa menggemparkan pentas Crazy Horse Paris pada 28, 29 dan 30 September 2023 dengan lima persembahan eksklusif yang ‘ meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan kepada penonton dan peminatnya di seluruh dunia’.
Lisa memuat naik gambar dirinya dengan pakaian kabaret dalam akaun rasmi Instagram pada awal Oktober lalu yang bertulis ‘Pengalaman luar biasa doi Crazy House. Hubungi saya bila-bila masa jika anda memerlukan seseorang mengisi tempat’.
Kerajaan China bertindak cepat menyekat kandungan yang dianggap sensitif dari segi politik atau bertentangan dengan nilai konservatif sosial Parti Komunis yang memerintah.
Penapisan ketat berlaku selepas Presiden China, Xi Jinping menyeru wanita membantu mempromosikan nilai-nilai murni masyarakat China dan kekeluargaan. -Agensi