30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Piala Malaysia: Terengganu mudah atasi KL Rovers

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC seperti dijangka tidak berdepan masalah berdepan kelab Liga M3, Kuala Lumpur (KL) Rovers apabila menang 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.

Sony Norde terlebih dahulu menguji ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Ameerul Eqhwan Fauzi pada minit ke-11 menerusi percubaan deras dari luar kawasan penalti.

Tiga minit berselang giliran Ivan Mamut melakukan percubaan namun sepakan leretnya bersama ditangkap kemas penjaga gol KL Rovers itu.

Usaha Terengganu berhasil pada minit ke-18 menerusi Mamut hasil sepakan berkualiti dari dalam kawasan penalti untuk meletakkan pelawat 1-0 di depan.

Pemain sayap, Norhakim Hassan terlepak peluang berharga untuk menggandakan jaringan pada minit ke-37 apabila berjaya memperdaya pertahanan KL Rovers namun percubaannya sedikit tersasar.

Advertisements

Mamut mencetak gol kedua peribadinya dalam perlawanan selepas apabila mudah merembat masuk bola melepasi Ameerul Eqhwan pada waktu kecederaan babak pertama.

Engku Nur Shakir Engku Yacob menjadikan kedudukan 3-0 untuk Terengganu apabila menyempurnakan hantaran Sony Norde pada minit ke-51.

Mamut melengkapkan hatrik pada minit ke-67 apabila percubaannya dari luar kawasan penalti gagal ditepis penjaga gol sekali gus menjadikan kedudukan 4-0.

Penyerang dari Crotia itu hampir mencipta gol keempatnya pada minit ke-82 apabila bola hantaran Ameerul Eqhwan terus ke kakinya namun percubaan mamut sekadar mengenai tiang gol. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

SEORANG pramugari Malaysia Airlines (MAS) meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun semalam. MAS dalam satu kenyataan bagi mengesahkan perkara...

Lagi Artikel Berkaitan