26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pemimpin tidak lari ketika hebat diuji – Dr. Akmal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan beberapa pemimpin yang meninggalkan parti saat mereka hebat diuji ketika ini.

Ketua Pemuda, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pemimpin merupakan pendokong parti yang sepatutnya kekal dalam perjuang ketika diuji, bukan hanya kekal sewaktu senang sahaja.

“Kami di Pemuda UMNO akan terus istiqamah dalam meneruskan dan menggalas tanggungjawab untuk memperkukuhkan UMNO. 

“Pemimpin itu datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti. Perjuangan UMNO tetap diteruskan,” katanya menerusi catatkan di Facebook hari ini.

Pemuda UMNO dikejutkan dengan pengumuman Ketua Pemuda Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar dan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Ketereh, Ahmad Syauqi Mazlan mengumumkan keluar parti.

Advertisements

Muhamad Akmal berkata, Pemuda UMNO Bahagian Ketereh akan dipangku Azhan Ishak selaku Naib Pemuda. 

Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan keluar parti secara beramai-ramai tidak sesekali akan merencatkan semangat rakan-rakan yang lain yang masih setia, bersusah payah dan akan terus mengangkat perjuangan ini walaupun bersendirian.

“Perjuangan kita tidak berlandaskan individu atau mana-mana figura politik, tetapi pejuangan Pemuda di dalam UMNO adalah untuk meneruskan fungsi dan peranan institusi dalam merekrut anak muda, memelihara perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

“Terima kasih di atas segala jasa dan khidmat bakti buat mereka yang telah bersama-sama UMNO selama ini. Kita jumpa di medan pertempuran,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan