25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Amirudin saman fitnah Muhammad Sanusi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah berbincang dengan peguamnya dan akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Amirudin berkata, tindakan saman tersebut akan dilakukan atas segala fitnah yang dilontarkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.

Katanya, beliau telah meneliti ucapan Muhammad Sanusi pada Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra baru-baru ini.

“Ucapan beliau tersebut jelas adalah fitnah dan merupakan percubaan oleh seorang yang amat terdesak.

“Beliau ingin pengalihan persepsi daripada segala dakwaan skandal unsur nadir bumi (REE) yang terpalit ke atas beliau, yang masih gagal dijawab secara berfakta sehingga kini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Muhammad Sanusi dalam ucapannya mendedahkan mengenai skandal yang didakwa membabitkan Amirudin dengan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Beliau berkata, ahli perniagaan berkenaan mahu mengadakan projek membabitkan sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar di negeri itu yang merugikan kerajaan Selangor sekitar RM180 juta.

Sementara itu, Amirudin berkata, beliau dengan tegasnya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut.

“Malah, perkara in telah saya perincikan secara panjang lebar di sidang Dewan Negeri tahun lalu dan awal tahun ini seta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac lalu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan