29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

474 produk, teknologi dan perkhidmatan dikomersialkan MCY 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 474 produk, teknologi dan perkhidmatan Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) berjaya dikomersialkan sepanjang enam tahun sejak 2016.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi kenyataan berkata, produk tersebut dipasarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan nilai hasil melebihi RM540 juta.

Di samping itu, katanya, penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai yang diterajui MOSTI, telah berjaya menjana pulangan pelaburan dan perniagaan bernilai lebih daripada RM9 bilion.

“MCY merupakan platform bagi mengiktiraf usahawan teknologi tempatan di atas kejayaan mereka mengkomersialkan produk hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) ke pasaran tempatan dan antarabangsa. 

“Memasuki tahun ketujuh pelaksanaannya, MCY turut memasuki tahun ketiga fasa MCY 3.0 bertemakan MCY Goes Global, sebuah inisiatif pengkomersialan hasil R&D&I tempatan ke peringkat global,” katanya.

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Sidang Kemuncak MCY 2023. 

Bertemakan Supercharge Your Way to Impact, persidangan itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Bangsar South, Kuala Lumpur. 

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dalam ucapan aluannya berkata, fasa MCY 3.0 dilaksanakan antara tempoh dari 2021 hingga 2025.

MOSTI telah menetapkan sasaran untuk mengkomersialkan sebanyak 400 lagi produk/ teknologi/ perkhidmatan hasil R&D&I tempatan. 

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 produk/ teknologi/ perkhidmatan disasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sze Fei-Nur Izzuddin hidup peluang di Jelajah Dunia Akhir BWF

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menghidupkan peluang ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton...

Lagi Artikel Berkaitan