25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ericsson pilih Malaysia sebagai hab hasilkan produk 5G

Mesti Baca

PENERAJU 5G global, Ericsson memilih Malaysia sebagai antara 11 tapak pembuatan utamanya di dunia dan hab pertama di Asia Tenggara yang akan mengeluarkan produk 5G canggih untuk menyokong pelaksanaan 5G global dan tempatan.

Presiden Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro berkata, pengeluaran peralatan radio 5G global Ericsson di Malaysia adalah sumbangan sosio-ekonomi tambahan pihaknya kepada negara ini.

Beliau berkata, ia juga menandakan usaha terbaru daripada pelbagai inisiatif untuk membawa pengalaman, kepakaran dan visi global Ericsson kepada Malaysia dalam menyokong cita-cita kerajaan untuk menjadi peneraju digital.

“Ericsson ialah peneraju dunia dalam teknologi 5G, dan kini menguasai 147 rangkaian langsung di 63 negara, termasuk Malaysia.

“Malaysia ialah pasaran penting bagi Ericsson dan inisiatif di Malaysia ini akan menyumbang kepada ekonomi tempatan menerusi pekerjaan dan pemindahan pengetahuan teknikal kepada tenaga kerja tempatan dalam bidang seperti pembuatan, kejuruteraan produk dan pengujian peralatan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian kemudahan pembuatan peralatan 5G global Ericsson di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Hadir sama merasmikan kilang pembuatan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Hagerbro berkata, peralatan radio 5G yang dihasilkan di Malaysia termasuk radio bersepadu antena MIMO (Maksimum Input Maksimum Output) Raya Ericsson yang menerajui industri ringan dan cekap tenaga serta dihasilkan di Prai, Pulau Pinang, dengan kerjasama pembuat elektronik yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Flex.

Ericsson beroperasi di Malaysia sejak 1965 dan sedang melaksanakan rangkaian 5G untuk Malaysia, yang prestasinya telah diiktiraf di peringkat global.

Beliau berkata, selain melaksanakan rangkaian 5G bertaraf dunia, pemilihan Malaysia untuk pembuatan juga meningkatkan sumbangan sosio-ekonomi Ericsson kepada negara ini.

Hagerbro berkata, Ericsson akan terus melaksanakan rangkaian 5G yang terjamin, mampu milik, bertaraf dunia serta pengalaman pelanggan untuk Malaysia. – Bernama

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan