33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Tebuk Tembok Besar China untuk jalan pintas, dua ditahan

Mesti Baca

DEMI mengurangkan tempoh perjalanan dan menggunakan jalan pintas, dua individu ditahan selepas disyaki menggunakan jengkaut untuk menebuk Tembok Besar China.

Polis di wilayah Shanxi menjejaki jentera yang digunakan untuk menggali jalan pintas melalui dinding tinggalan struktur besar dibina Maharaja China untuk menghalang penceroboh asing.

Menerusi soal siasat, suspek mengaku mereka menggunakan jengkaut untuk mencipta jalan pintas dengan menebuk dinding dalam usaha mengurangkan masa perjalanan, lapor media kerajaan.

Polis tempatan dalam satu kenyataan berkata, suspek adalah seorang lelaki berusia 38 tahun dan seorang wanita berusia 55 tahun.

Pembinaan Tembok Besar, yang dipecahkan kepada beberapa bahagian yang keseluruhannya sepanjang ribuan kilometer, bermula abad ketiga Sebelum Masihi dan berterusan selama berabad-abad.

Bahagian Tembok Besar yang terjejas, terletak kira-kira enam jam pemanduan ke barat Beijing, yang dibina Dinasti Ming China pada abad ke-14 hingga ke-17.

Penyiar CCTV negeri melaporkan pada Isnin bahawa suspek menyebabkan ‘kerosakan tidak dapat dipulihkan’ pada dinding era Ming, yang digambarkan sebagai bahagian ‘agak utuh’ dengan nilai penyelidikan yang signifikan.

“Buat masa ini, kedua-dua suspek ditahan mengikut undang-undang jenayah dan kes itu terus disiasat,” katanya. -Agensi

Terkini

Taiwan naikkan subsidi penjagaan kanak-kanak bagi tingkatkan kadar kelahiran

TAIWAN akan menaikkan elaun penjagaan anak sekurang-kurangnya NT$1,500 (AS$46.52) sebulan mulai tahun depan sebagai inisiatif untuk meningkatkan kadar kelahirannya yang...

Lagi Artikel Berkaitan