30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

Dr Mustafa diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pacific

Mesti Baca

PAKAR Bedah GI dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher dari Pusat Perubatan Cengild G.I sekali lagi diiktiraf sebagai Pakar Bedah Bariatrik Terbaik di Asia Pasifik pada Majlis Anugerah GlobalHealth Asia- Pacific 2023 yang berlangsung di Bali, Indonesia Mei lalu.

Dr Mustafa mengumumkan perkara itu pada majlis makan tengah hari bersama media dan turut disertai oleh beberapa selebriti tanah air antaranya Ziana Zain, Zarina Zainudin, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ziela Jalil.

Selebriti yang hadir juga turut berkongsi testimoni kejayaan prosedur pembedahan Bariatrik yang dilakukan bersama Dr Mustafa bagi mengatasi masalah kegemukan serta komplikasi sampingan akibat obesiti yang dialami mereka.

Dr Mustafa berkata, ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripadanya adalah penghidap pelbagai penyakit seperti mereka yang mengalami masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan.

Akibat daripada penyakit itu ia turut menimbulkan kesukaran buat mereka disamping pelbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

“Pembedahan Bariatrik bukan sahaja berjaya membantu pesakit untuk mengurangkan berat badan tetapi membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk.

Advertisements

“Kemandulan,asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang, anti sosial dan pelbagai lagi penyakit mampu diatasi dengan pembedahan ini,” katanya pada majlis berkenaan.

Pada majlis itu, Dr Mustafa turut memperkenalkan pesakitnya, Chef Bob@Alfie Sabri.

Chef Bob sebelum ini berada di atas kerusi roda selama tiga tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk.

“Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 130 kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula,” katanya.

Dr Mustafa berkata, misinya ialah mahu melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat dan ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa obesiti adalah penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kepimpinan, pengalaman Siti Fadilah mampu perkasa IRM

KEPIMPINAN dan pengalaman yang dimiliki oleh Siti Fadilah Mohd Hood diyakini mampu memperkasa Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mencapai...

Lagi Artikel Berkaitan