28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

PM buat lawatan mengejut ke KLIA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri hari ini melakukan lawatan mengejut ke kaunter Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melihat sendiri keadaan petugas JKDM dan JIM susulan satu insiden yang melibatkan orang kenamaan di lapangan terbang itu baru-baru ini.

“Berhubung insiden membabitkan pelancong China baru-baru ini, saya memberi jaminan, siasatan rapi akan dijalankan pihak berkuasa hatta perbincangan awal akan dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.

“Sementelahan, tindakan juga akan diambil pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelinciran operasi,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Sebuah portal berita pada Khamis lalu melaporkan mengenai kekecohan di KLIA melibatkan orang kenamaan, dikatakan cuba ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini.

Advertisements

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila orang kenamaan berkenaan dikatakan masuk ke ruang balai ketibaan itu, tanpa memohon pas keselamatan.

Anwar berkata, terdapat beberapa permasalahan di kedua-dua jabatan itu yang akan disusuli dengan siasatan bagi penambahbaikan dan tindakan wajar.

“Dalam lawatan mengejut ke kaunter Imigresen dan Kastam (JKDM) di KLIA sebentar tadi, saya dapati ada ruang untuk penambahbaikan bagi memantapkan pengoperasian di pintu masuk negara ini.

“Kesempatan ini juga digunakan untuk melihat sendiri isu berbangkit atau permasalahan sewaktu pengendalian harian membabitkan pelancong dan warga asing selain warga tempatan. 

“Insya Allah tahap keselamatan dan pengoperasian di lapangan terbang negara akan senantiasa ditambahbaik dalam memastikan perkhidmatan sewajarnya diberikan kepada semua pihak,” katanya.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan