31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PRN: Sokongan pengundi muda kini berbeza – Mahdzir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DAKWAAN pengundi muda cenderung memihak kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu disifatkan sebagai hanya momokan politik.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, situasi tersebut tidak boleh disamakan dengan keadaa semasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ini kerana kata Mahdzir, pembentukan Kerajaan Perpaduan pasca PRU15, golongan muda dan pertengahan khususnya di negeri itu sudah dapat melihat peluang untuk mereka melakukan perubahan.

“Apa yang berlaku pada November 2022 (pada PRU-15) lalu suasananya sangat berbeza dengan tujuh bulan kemudian, sebab pada waktu itu kerajaan tidak ditubuhkan di Putrajaya.

“Semua orang (parti politik) berkejar menubuhkan kerajaan tetapi sekarang kita dah tubuhkan kerajaan di Putrajaya, kerajaan BN, Pakatan Harapan (PH) dah ada di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Perpaduan BN dan PH di Alor Setar hari ini.

Sementara itu, Mahdzir berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan telah membuka mata rakyat termasuk golongan muda yang mana mereka boleh mengubah keputusan memilih pada PRU lalu dalam PRN kali ini.

Advertisements

“Saya kira momok-momok ini memang biasa bila dekat PRN, macam-macam persepsi akan dibangkitkan, semuanya (memihak kepada) PN,” ujarnya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihanraya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor baru-baru ini, yang mendakwa PH tidak mendapat sokongan anak muda sebaliknya sokongan golongan itu kini telah beralih kepada PN.

Dalam pada itu, Mahdzir turut menolak dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan program bertemu pelajar universiti hanya untuk menarik sokongan golongan muda.

Jelas beliau, sebagai Perdana Menteri, Anwar mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar menjelaskan mengenai polisi, dasar kerajaan serta pembinaan negara dan bukan hanya ingin menarik sokongan semata-mata.

“Perdana Menteri turun universiti untuk menjelaskan dasar yang dibuat dalam Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani, jadi saya ingat bukan makna turun untuk dapat sokongan (kepada PH).

“Perdana Menteri lebih daripada itu, dia (Muhammad Sanusi) tak boleh bandingkan antara PM dengan seorang yang nak dapatkan pengaruh sebab dia melebihi semua perkara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan