PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang diberikan kesembuhan.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau juga berharap Abdul Hadi dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.
“Menerima perkhabaran Tan Sri Abdul Hadi Awang masih lagi menjalani rawatan di hospital.
“Saya berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesembuhan kepada beliau, dihilangkan kesakitan dan dikurniakan kesihatan yang baik,”katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.
Media semalam melaporkan, kesihatan Abdul Hadi merosot dan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Khalil yang turut meminta orang ramai berdoa dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan bapanya.
Bagaimanapun keadaan Ahli Parlimen Marang itu dilapor semakin stabil dan sudah dipindahkan ke wad biasa berbanding Unit Rawatan Koronari (CCU) sebelum ini. – Edisi 9