26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Polis rakam keterangan Abdul Hadi hari ini

Mesti Baca

POLIS akan merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan kenyataannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan, pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu berkata, proses rakam keterangan ke atas Abdul Hadi dijadual bermula jam 9.30 pagi tadi.

Proses merakam keterangan terhadap Abdul Hadi dilakukan pada hari ini selepas proses yang sepatutnya dijalankan pada kelmarin, tertangguh.

“Pegawai khasnya memaklumkan (Abdul Hadi) masih dalam rawatan kesihatan.

“Tarikh baharu diberikan (kepada Abdul Hadi) pada 4 September (hari ini) jam 9.30 pagi,” katanya.

Advertisements

Difahamkan, proses rakam keterangan oleh Pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu dijalankan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini.

Kelmarin, media melaporkan polis menangguhkan janji temu untuk merakam keterangan Abdul Hadi selepas dimaklumkan, Presiden Pas itu berada dalam keadaan uzur dan meminta proses berkenaan ditangguhkan.

Proses rakam keterangan ke atasnya susulan siasatan polis berkait kenyataan beliau yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar minggu lalu.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan dibuka terhadap Abdul Hadi mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di media sosial X (Twitter) mengesahkan Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan