25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Jangan terpengaruh ‘hukum bersifat politik’ – Menteri Agama

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam di negara ini diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan pihak yang sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum berkaitan syarak kerana perbezaan fahaman politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau bimbang terhadap kecenderungan pihak-pihak yang mengeluarkan hukum dengan sewenang-wenangnya tanpa disiplin yang sepatutnya.

Ini kerana kata beliau, perkara tersebut boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum pihak-pihak yang tidak sealiran fahaman.

“Situasi ini akan mencetuskan bibit bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara.

“Negara kita mempunyai pihak yang berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini mengeluarkan fatwa politik mengharamkan undi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September ini.

Fatwa itu dilontarkan Muhyiddin ketika berucap pada ceramah sempena PRK Parlimen Pulai mengeluarkan ‘fatwa haram’ mengundi Suhaizan, selain melarang pengundi di kawasan itu mengundi calon tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Naim berharap agar semua menghormati pihak berautoriti dan tidak terpengaruh dengan hukum-hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik kumpulan.

Katanya, semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya dinasihatkan bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea-idea untuk membangunkan rakyat. 

“Hentikan segala kempen yang menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman. 

“Saya dengan ini ingin menyeru semua pihak agar bertanggungjawab untuk menghormati kesucian agama slam, menjaga perpaduan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam negara yang tercinta ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 tawar diskaun sehingga 50 peratus

KARNIVAL Cuti-cuti Malaysia 2024 (KCCM2024) yang bakal berlangsung pas 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan