Tuesday, July 21, 2026

Mahdzir sokong kembalikan peperiksaan nasional sebelum SPM

Pada masa yang sama kaedah pengajaran guru juga perlu ditambah baik agar selaras dengan perkembangan teknologi, khususnya penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan.

Mesti Baca

BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyokong cadangan mengembalikan semula peperiksaan peringkat nasional seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi memastikan mutu serta kecemerlangan pelajar terus terjamin.

Tegas beliau, walaupun Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan kokurikulum yang dijalankan oleh guru mempunyai nilai tersendiri, namun negara perlu mengekalkan sekurang-kurangnya satu peperiksaan di peringkat nasional antara Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi menilai prestasi menyeluruh pelajar.

“Penilaian sekolah dan kokurikulum memang penting, tetapi saya percaya perlu ada sekurang-kurangnya satu peperiksaan di peringkat nasional untuk menilai prestasi keseluruhan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Program Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional 1.0 (RIMBUN 1.0) 2025: Reformasi Sistem Pendidikan Dalam Era AI dan Pemerkasaan Institusi Guru, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), semalam.

Mahdzir berkata, pada masa yang sama kaedah pengajaran guru juga perlu ditambah baik agar selaras dengan perkembangan teknologi, khususnya penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi meningkatkan keberkasanan pengajaran, walaupun sistem pendidikan negara kini berada pada landasan yang baik.

 

“Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu, kita telah meletakkan asas yang kukuh dalam sistem pendidikan negara. 

“Namun dengan adanya AI, kaedah dan pendekatan pengajaran guru perlu disesuaikan agar lebih relevan dan berkesan,” katanya.

Program RIMBUN 1.0 adalah anjuran Pemuda UMNO yang turut menampilkan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang yang juga bekas guru, Datuk Mohd Sharizal Semsuddin, sebagai ahli panel. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan