27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

ABIM seru semua pihak perangi usaha normalisasi zina

Mesti Baca

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru pihak berkuasa serta masyarakat negara ini untuk bersama-sama memerangi sebarang usaha mengnormalisasi zina dan kemungkarannya.

Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim berkata, ini kerana normalisasi zina dan mempromosikan kemungkaran yang merendahkan harga diri manusia merupakan tindakan yang tidak dapat diterima daripada segenap aspek.

Beliau berkata, normalisasi zina bukan sahaja bertentangan dengan agama Islam tetapi juga berlawanan dengan adat resam Melayu bahkan bertentangan dengan fitrah manusia yang menjunjung keluhuran budi dan ketinggian akhlak.

“ABIM memandang serius hal ini kerana sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, dengan penduduknya majoriti Muslim dan berbangsa Melayu, normalisasi zina dan mempromosikan kemungkaran yang merendahkan harga diri manusia merupakan satu tindakan yang tidak dapat diterima daripada segenap aspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Daud yang mengecam tindakan pihak tertentu yang mempromosikan kemungkaran dengan menjemput gigolo dalam segmen temu bual yang disiar menerusi penstriman.

Beliau berkata, tindakan itu amat mengecewakan dan boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan serta menormalisasikan kegiatan persundalan.

Advertisements

Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala, “Janganlah dekati zina. Sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan jalan terburuk (yang membawa kepada kejahatan).” (Surah al-Isra’, Ayat 32).

Justeru, ABIM bersama dengan Mufti Pulau Pinang dalam perkara ini, dan menyeru pihak berkuasa dan rakyat Malaysia untuk berganding bahu memerangi sebarang usaha menormalisasikan zina dan kemungkaran ini.

ABIM juga menggesa pihak berkuasa agar bersikap lebih tegas dan menggunakan undang-undang yang ada seperti Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk menjaga moral rakyat Malaysia daripada dibinasakan.

Sebelum ini, bapa kepada tiga anak dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua teman wanitanya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X yang mana orang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan