30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Maritim Malaysia pastikan sektor ekonomi maritim selamat

Mesti Baca

PERANAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara menjadikan sektor ekonomi maritim dalam berjalan dengan selamat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, empat sektor penyumbang ekonomi maritim itu ialah perikanan, pelancongan, perkapalan dan hidrokarbon.

Beliau berkata, melihat kepada kepentingan berkenaan, kerajaan telah menyalurkan peruntukan besar menerusia KDN.

“Ini bagi memastikan Maritim Malaysia mempunyai aset baharu yang berkeupayaan tinggi selain menyelenggara aset-aset sedia ada agar Agensi ini dapat melaksanakan pengawasan dan operasi di Zon Maritim Malaysia dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-19 Maritim Malaysia di Kuantan, Pahang hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dr. Gafar Abu Bakar serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin.

Advertisements
Shamsul Anuar Nasarah memeriksa perbarisan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-19 Maritim Malaysia di Kuantan, Pahang.

Mengulas lanjut tentang aset baharu Maritim Malaysia, Shamsul Anuar berkata, KDN telah mengeluarkan Surat Setuju Terima bagi perolehan empat buah helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland 189 untuk agensi itu.

Katanya, ia bagi mempertingkatkan lagi pemantauan udara di kawasan sempadan negara khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Selain pertambahan aset, Maritim Malaysia turut diminta untuk meningkatkan pelaksanaan operasi bersepadu bersama agensi yang berkaitan bagi memastikan perairan negara kekal selamat dari pelbagai ancaman jenayah,” katanya.

Ini bertepatan dengan arahan Perdana Menteri baru-baru ini agar semua pasukan keselamatan negara termasuk Maritim Malaysia dapat berganding bahu membanteras aktiviti penyeludupan yang mengakibatkan negara mengalami kerugian puluhan bilion ringgit.

Untuk rekod pada tahun 2023, lebih 181,000 pemeriksaan, 43,000 penggeledahan dan 1,200 jumlah tangkapan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan pihak Agensi ini di kawasan perairan negara. Manakala nilai rampasan yang berjaya dikutip sepanjang tahun 2023 adalah kira-kira RM101.9 Juta.

Bagi Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), Maritim Malaysia telah melaksanakan sebanyak 237 operasi melibatkan pelbagai insiden di laut pada tahun yang sama. Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,369 mangsa telah berjaya diselamatkan oleh agensi ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan