26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Pemegang PLKS jadi orang tengah urus pekerja asing ditahan

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan enam warganegara asing kerana terlibat sebagai orang tengah menguruskan pengambilan pekerja dan pas pekerja asing, Rabu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tangkapan itu dibuat hasil operasi yang dijalankan di Jalan Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, Ampang.

Menurut beliau, dalam operasi tersebut seramai 16 orang telah diperiksa dan hasilnya seramai enam warganegara asing yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah tamat tempoh ditahan.

“Warganegara asing ini berumur di antara 27 hingga 56 tahun yang terdiri daripada lima orang lelaki warganegara Bangladesh dan seorang perempuan warganegara Indonesia di mana salah seorang lelaki warga Bangladesh yang
memegang PLKS telah dikenalpasti bertindak sebagai dalang utama menjadi orang tengah urusan pekerja asing.

“Tindakan pemeriksaan ini diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan warganegara asing yang menjalankan aktiviti sebagai orang tengah dalam menguruskan pengambilan pekerja dan pengurusan pas pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebahagian dokumen, wang tunai dan cop yang dirampas dalam sebuah di sebuah premis di Ampang, Selangor. – Foto: JIM

Ruslin berkata, dalam serbuan tersebut sebanyak 91 keping I-Kad, 561 keping kad CIDB, 42 buah pasport warganegara asing, 33 unit cop pelbagai syarikat dan 27 fail berkaitan maklumat syarikat-syarikat yang diurus telah dirampas.

Katanya, turut dirampas adalah wang tunai sejumlah RM740,050.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau menggesa oranh awam digesa untuk sentiasa prihatin dengan menyalurkan aduan dan maklumat berkaitan warga asing kepada JIM.

“Jabatan ini tidak akan berkompromi ke atas apa jua kegiatan yang melanggar undang-undang dan akan sentiasa memastikan usaha-usaha membanteras aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang berkaitan PATI akan sentiasa dilaksanakan.

“JIM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran perkhidmatan daripada pihak tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran.

“JIM tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah,” kata beliau.

Ruslin berkata, kesemua warganegara asing yang ditahan ini telah ditangkap kerana disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Katanya, keaemua sabjek ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan