26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ali Madan ranapkan harapan Malaysia kutip mata

Mesti Baca

PENYERANG berbisa Bahrain, Ali Madan meranapkan harapan skuad Harimau Malaya untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata dalam perlawanan kedua Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha, Qatar sebentar tadi.

Gol tersebut hadir pada penghujung masa tambahan menerusi sepakan sudut apabila bola tandukan Dion Cool singgah di kaki Ali sebelum dia menyepak leret ke kiri gawang gagal ditepis Syihan Azmi.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada anak-anak buah Kim Pan-gon yang menampilkan aksi sebenarnya mereka terutama pada babak pertama yang mana beberapa peluang terhidang terutama daripada Arif Aiman Hanafi dan Cool.

Advertisements

Memasuki babak kedua, kawasan tengah mula goyah apabila Shamil Kutty Abba dikeluarkan dan digantikan dengan Naxo Insa dan kelemahan itu beberapa kali dimanfaatkan oleh para pemain Bahrain.

Serangan bertali arus para pemain Bahrain memaksa Harimau Malaya bertahan dan sesekali membuat serangan balas namun gagal menemui penyudah.

Keputusan tersebut sudah pasti menutup peluang Harimau Malaya ke pusingan kalah mati setelah sebelum ini tewas 0-4 kepada Jordan manakala Korea Selatan akan menanti dalam aksi terakhir kumpulan pada 25 Januari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan