27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kualiti dan kuantiti masa ibu bapa bersama anak-anak

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SEIRING perkembangan dunia yang semakin moden ini, waktu telah menjadi sesuatu yang amat berharga untuk setiap manusia terutama bagi anak-anak.

Setiap anak pastinya memiliki keinginan dan harapan yang besar terhadap waktu-waktu mereka untuk dihabiskan dan dimanfaatkan bersama orang tua mereka.

Jika ibu bapa itu ingin mengamalkan konsep mengkualitikan masa bersama anak-anak, mereka perlulah memahami apa itu konsep sebenar.

Apa yang dimaksudkan dengan masa berkualiti dengan keluarga? Apa itu kualiti dan kuantiti masa yang dinginkan oleh setiap anak-anak daripada ibu bapa mereka ataukah ada aspek-aspek lain yang diharapkan daripada anak-anak?

Masa berkualiti merujuk kepada satu masa yang diluangkan dengan sebaiknya secara bersama dengan melakukan sesuatu yang bermakna.

Pernah atau tidak setiap ibu bapa dalam dunia ini berfikir adakah mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan sebaiknya atau tidak?

Adakah mereka sudah cukup meluangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak mereka? Apakah kekerapan mereka melakukan kegitan tersebut?

Dengan segala kegiatan ini, apakah cara lain untuk mengesahkan bahawa masa yang diluangkan itu betul-betul berkualiti atau hanya mecukupkan kadar kuantiti yang mencukupi?

Kuantiti masa yang dikorbankan tidak bermakna jika kerana terpaksa. Mereka juga perlulah mempunyai keinginan seperti mana anak-anak mengharapkan masa daripada ibu bapa mereka.

Jangka masa bersama itu tidak penting tetapi ia perlulah mencukupi dan memuaskan hati anak-anak.

Terdapat sebahagian ibu bapa yang hanya memikirkan jika menghabiskan masa sahaja itu telah mencukupi tanpa melakukan sebarang aktiviti bersama keluarga seperti contoh berinteraksi sesama sendiri.

Anak-anak mestilah menginginkan waktu bersama ibu bapa yang berkualiti. Contohnya, tanpa gangguan telefon bimbit atau sebarang hal luar yang dicampuradukkan sewaktu mereka bersama.

Setiap masa yang ada, mereka pastinya berharap orang tua mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang hal kerja atau masalah yang tidak berkaitan dengan keluarga mereka.

Hal ini dapat membuat anak-anak berkecil hati kerana ibu bapa masih memilih perkara-perkara di luar daripada anak-anak mereka.

Tidak dapat disangkal lagi, memang sukar untuk setiap ibu bapa terutamanya yang bekerjaya mengosongkan waktu mereka dan memberi ruang untuk tidak memikirkan sebarang hal kerja sewaktu di rumah.

Akan tetapi mereka perlulah berkorban demi menjaga hati anak-anaknya dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa.

Setiap anak mempunyai keinginan untuk menghabiskan waktu bersama keluarga mereka dengan pergi bercuti atau berhibur terutamanya sewaktu cuti persekolahan dan lain-lain.

Kualiti bersama keluarga terencat disebabkan kelekaan terhadap gajet. – Gambar hiasan

Dengan cara ini, mereka dapat mendekatkan diri dan meluangkan masa dengan lebih lagi bersama keluarga.

Mereka juga dapat mencipta kenangan yang akan memperkuatkan lagi ikatan keluarga.

Saat-saat ini juga akan menjadi sebuah kenangan yang indah untuk mereka menyingkap kembali apabila umur semakin meningkat dan mempunyai keluarga sendiri.

Advertisements

Anak-anak semestinya amat seronok dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan seluruh keluarga.

Seperti yang kita tahu, terdapat program yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti program sukarelawan ataupun marathon.

Ibu bapa mampu mengambil langkah dengan cara menyertai aktiviti tersebut bersama anak-anak mereka.

Ini dapat menciptakan hubungan yang baik dan semakin positif dan dapat memperkuatkan lagi ikatan dalam sesebuah kekeluargaan antara anak dan orang tuanya.

Ibu bapa juga perlulah mengadakan masa yang khusus untuk berbicara dan mendengarkan luahan hati daripada anak-anak.

Pastinya setiap anak memiliki keinginan untuk meluahkan isi hati masing-masing tentang apa yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Mungkin ada masa anak-anak itu bercerita tentang diri mereka, aktiviti seharian mereka tetapi jika ibu bapa bertanya dan berbicara dengan mereka lebih mendalam yang pastinya terdapat pelbagai cerita yang mereka pendam.

Sesetengah anak-anak ini berasa malu ataupun ego untuk bercerita kepada orang tua mereka kerana terdapat juga ibu bapa yang prejudis terhadap anak-anak mereka.

Ini membuatkan situasi semakin buruk dan mungkin menjadi salah satu punca anak-anak tidak mahu lagi bercerita kepada orang tuanya.

Jika ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak kecil, jadikan sesi bercerita sebelum tidur.

Banyak anak yang masih kecil menginginkan mereka dilayan seperti yang sepatutnya seperti mendengarkan cerita sebelum tidur dari ibu bapa.

Aktiviti ini bukan hanya tentang membaca buku tetapi juga menciptakan pelbagai detik indah sewaktu mereka masih kecil.

Hubungan kekeluargaan begitu penting kerana tanpa keluarga siapalah kita ini. Hal ini pula berkait dengan dunia yang semakin canggih dan semakin sibuk, masa bersama keluarga juga semakin berkurang.

Walaupun pada zaman kini kita terdapat pelbagai medium untuk berkomunikasi tetapi itu tetapi tidak memberi masa yang berkualiti.

Meluangkan masa yang berkualiti ini tidak susah untuk ibu bapa merealisasikannya.

makan bersama-sama juga adalah salah satu cara merapatkan silaturrahim antara keluarga kerana kita berkumpul di tempat yang sama dan berbual antara anak-anak dan orang tua.

Tetapi,tidak semua ibu bapa yang bertanggungjawab dan mampu meluangkan masa mereka bersama anak-anaknya.

Justeru, kualiti adalah lebih baik berbanding dari kuantiti dalam meluangkan masa bersama keluarga.

Waktu yang diinginkan oleh anak-anak dari ibu bapa amatlah tinggi sebelum mereka membina keluarga sendiri.

Setiap anak-anak pasti inginkan cinta, perhatian dan kehadiran ibu bapa mereka dalam setiap aspek kehidupan mereka.

Oleh kerana itu, penting bagi setiap ibu bapa mengambil langkah untuk memenuhi keinginan dalam membentuk hubungan keluarga yang bahagia. – Aina Afifah Zulman Safari (Pelajar USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan