24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes baharu Covid-19 masih melebihi angka 6,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

13 kluster baharu direkodkan, 11 kluster tempat kerja

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini, masih melebihi angka 6,000 dengan sebanyak 6,387 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 785,039 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 2,610 kes.

“Kemudian diikuti, Kuala Lumpur sebanyak 819 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 523 kes,”katanya menerusi ciapan Twitter di sini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, Sarawak pula merekodkan dengan 424 kes dan diikuti Johor (324 kes), Pahang (312 kes), Sabah (263 kes), Kedah (273 kes), Perak (249 kes), Melaka (206 kes), Pulau Pinang (157 kes) dan Kelantan (114 kes). 

“Dalam masa sama, Labuan (71 kes), Putrajaya (25 kes), Terengganu (17 kes) dan tiada kes dilaporkan di Perlis,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham dalam satu kenyataan media berkata, sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti melibatkan 11 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.  

Advertisements

“Kluster berkenaan melibatkan Kluster Industri Tech Valley Sendayan dengan 17 kes dan diikuti Kluster Industri TTJ 2 (31 kes), Kluster Jalan Harmoni Sembilan (11 kes), Kluster Jalan Sri Sulong (13 kes), Kluster Lorong Berjaya (lapan kes), Kluster Jalan Kayu Madang (18 kes).

“Seterusnya Kluster Industri Bentong Sebelas 2 (sembilan kes), Kluster Industri Jerantut Feri (enam kes), Kluster Industri 121 Kuala Baram (132 kes) dan Kluster Dah Satu Industri Kulim (52 kes).

“Kluster lain ialah Kluster Lintang Macallum Dua (64 kes), Kluster Kampung Bakong Gunong (10 kes) dan Kluster Kampung Bechah Tembesu (10 kes),”katanya.

Beliau memberitahu, sebanyak 77 kes kematian Covid-19 termasuk empat warga asing berusia antara 29 hingga 85 tahun dilaporkan pada hari ini.

“Selain itu, sebanyak 13 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 5,574 kes,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan