28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin pengerusikan sidang khas MKN dari hospital

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui sidang video dari hospital bagi membincangkan perkembangan situasi pandemik Covid-19 di dalam negara.

Perdana Menteri berkata, antara yang dibincangkan termasuklah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta laporan pemantauan setiap negeri di dalam fasa pemulihan negara.

”Alhamdulillah, selain lima buah negeri yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan amat baik dan berpotensi mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat,’’ katanya.

Advertisements

Muhyiddin yang dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu akibat jangkitan pada sistem penghadaman dijangka dibenarkan keluar dalam tempoh beberapa hari lagi.

Beliau seterusnya berharap situasi pandemik di negara ini dapat terus dikawal dan lebih ramai rakyat dapat divaksin dalam masa terdekat dengan penerimaan bekalan vaksin lebih banyak bulan ini.

‘’Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan badan-badan amal, parti-parti politik, pihak swasta dan orang ramai yang tampil menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada masa ini di samping bantuan-bantuan disampaikan oleh pihak kerajaan. Semoga amal jariah anda semua diberikan ganjaran oleh Allah SWT,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan