25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Megat Zulkarnain cabar Hilman, Amiruddin berdepan tiga penjuru

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia memperlihatkan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan wakil bebas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain menjadi taruhan BN bagi mencabar kerusi yang disandang Muhammad Hilman Idham daripada Perikatan Nasional (PN).

Calon bebas tunggal yang turut bertanding bagi merebut kerusi tersebut ialah Mohamed Salim Mohamed Ali.

Pengumuman senarai calon yang disahkan bertanding dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Gombak Setia, Mohd. Hasrul Hisham Abdullah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, hari ini.

Advertisements

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Muhammad Hilman menang dengan majoriti 12,39 menewaskan calon daripada Pas, Hasbullah Mohd. Ridzwan (11,758) dan Megat Zulkarnain (11,113) undi.

Sementara itu, calon Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berdepan pertembungan tiga penjuru penjuru di DUN Sungai Tua.

Beliau akan menentang calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon bebas, G. Suman yang turut menghantar kertas pencalonan pagi tadi.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Sungai Tua, Nor Azlina Abdul Aziz. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan