25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025

Keahlian Mohamad Rafie dalam PKR gugur serta-merta

Ini susulan tindakan beliau menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEAHLIAN Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) digugur serta-merta susulan tindakan beliau menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kalau diikutkan itu hak dia (Mohamad Rafie) bertanding, bagaimanapun dia akan digugurkan sebagai ahli PKR.

“Apabila dia mula hantar borang pencalonan untuk bertanding hari ini, secara automatik keahliannya sebagai ahli parti akan gugur.

“Saya ada juga dengar berita desas desus dia nak bertanding sejak semalam, namun begitu, saya yakin kekuatan jentera di DUN Ampangan dan sedia membantu memastikan kemenangan di DUN berkenaan,”katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon DUN Sikamat di Dewan Komuniti Taman Coral Height di sini, hari ini.

Ketika ditanya tindakan Mohamad Rafei yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri itu kerana disebabkan ‘merajuk’ dengan keputusan pimpinan parti, Aminuddin berkata, beliau belum dapat maklumat lagi.

“Namun merujuk kepada terasa hati, dalam politik ia suatu perkara biasa. Rasa tidak puas hati, rasa merajuk dengan keputusan pimpinan akur pimpinan yang dipilih dan kita rasa biasalah.

“Bagaimanapun kita perlu hormati keputusan kepimpinan parti, kerana pasti ada pertimbangan dibuat oleh pimpinan utama.

Advertisements

“Namun kini, terserah kepada pengundi dalam menentukan, ada pengundi memilih mengikut parti, tidak kurang juga mengikut kepada individu. Itulah suasana politik berlaku setiap kali PRN.

“Dia (Mohamad Rafei) pun tidak mengubungi saya, saya pun tidak hubunginya. Jika dalam parti Keadilan dia akan dipecat.

“Penyertaannya sebagai calon Bebas itu adalah hak dia dalam bertanding kerana dalam negara demokrasi ini,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan penyandang kerusi DUN Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek membuat kejutan apabila tampil sebagai calon Bebas.

Beliau yang tiba di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Belia dan Sukan Paroi hari ini, hadir bersama isteri, Datin Salina Shamsuddin serta kira-kira 50 penyokongnya yang membawa bendera putih tertera gambar Mohamad Rafie.

DUN Ampangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad Rafie, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman calon Pakatan Harapan (PH) dan Muhammad Ghazali Zainal Abidin calon Perikatan Nasional (PN).

Pada Majlis Pengenalan Calon PH Negeri Sembilan, Ahad lalu, Mohamad Rafie tidak dinamakan untuk mempertahankan DUN Ampangan, sebaliknya digantikan dengan Ketua Wanita Cabang Seremban, Tengku Zamrah Tengku Sulaima.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar adakan lawatan rasmi ke UAE, tiga negara Eropah 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan