28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

DUN Sikamat menyaksikan pertandingan empat penjuru

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihanraya Negeri Ke-15 menyaksikan saingan empat penjuru apabila kesemua calon selesai mengemukakan dan menandatangani borang pencalonan pilihan raya. 

Calon-calon berkenaan ialah daripada Ahmad Raihan Muhamad Hilal dari Perikatan Nasional (PN); calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Aminuddin Harun, dan dua calon Bebas, Bujang Abu (logo cermin mata) dan Mohammed Hafiz Baharudin (logo rumah).

Kesemua nama calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Saiful Saadon pada jam 10.30 pagi.

“Saya memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonannya,” katanya selepas pengumuman penamaan calon di Pusat Penamaan Calon (PPC).

Calon-calon tersebut mengemukakan borang pencalonan masing-masing di Dewan Komuniti Taman Coral Height di sini hari ini.

Advertisements

Proses penyerahan borang pencalonan berakhir pukul 10 pagi ini. 

Sikamat disandang oleh Datuk Seri Aminuddin Harun daripada PKR.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Aminuddin menang kerusi DUN berkenaan dengan memperoleh majoriti 3,413 undi selepas mendapat 9,832 undi dalam saingan empat penjuru.

Beliau yang menyandang kerusi berkenaan sejak 2008, menewaskan Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat dari Barisan Nasional (BN), Rahim Yus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan