30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Beri saya peluang bangunkan Dengkil – Noorazli

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Noorazli Said berharap pengundi memberi peluang kepadanya berkhidmat dan membangunkan kawasan tersebut.

Beliau yang Ketua UMNO Bahagian Sepang berkata, Dengkil memerlukan seorang wakil rakyat yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak mendapat perhatian sebelum ini.

Untuk itu kata beliau, menerusi gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN kali ini sudah pastinya lebih banyak bantuan dan peruntukan disalurkan terus kepada penduduk di kawasan itu.

“Paling penting kita hendak mengembalikan wakil rakyat yang benar-benar boleh berkhidmat dan selepas itu kita hendak melihat lebih banyak pembangunan dan masalah-masalah yang dihadapi di Dengkil sekian lama yang tidak dapat perhatian daripada kerajaan. 

Noorazli Said ditemani Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Semarak, Cyberjaya hari ini. – Edisi9/Ahmad Shazwan Md. Yusof

“Melalui gabungan parti terbesar ini, kita mengharapkan Dengkil dapat dikembalikan kepada Kerajaan Perpaduan agar dapat lebih banyak lagi bantuan, peruntukan, dasar-dasar yang lebih baik dapat kita salurkan terus kepada rakyat,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada media selepas pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Dengkil di Dewan Semarak, Cyberjaya, hari ini.

DUN Dengkil menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan Noorazli; calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Jamil Salleh; Datuk Mohd. Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat) dan Darren Ong Chung Lee (Parti Sosialis Malaysia).

Noorazli yang kami pertama dicalonkan dalam pilihan raya berkata, beliau mengharapkan sokongan daripada dua parti terbesar, BN-PH mampu memberikan keajaiban kepadanya.

“Saya menghormati setiap calon yang hadir. Mereka juga tidak asing dengan masyarakat di sekitar cuma hari ini kita mengharapkan melalui dua sokongan parti terbesar BN-PH, kita dapat mencipta keajaiban. 

“Kalau kita lihat berdasarkan keputusan pilihan raya lalu, gabungan dua-dua parti ini sudah mempunyai kelebihan dalam pilihan raya kali ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan