27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pertembungan dua penjuru di DUN Kemasik

Mesti Baca

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Terengganu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Calon Pas, Ir Saiful Azmi Suhaili akan mempertahankan jawatan yang dimenangi beliau dalam Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu.

Beliau akan ditentang oleh calon BN iaitu Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof yang juga calon termuda bagi BN dalam PRN Terengganu, berusia 37 tahun.

Saiful Azmi membawa pencadang, Wan Mohd Zaki Wan Muda dan penyokong, Zainodin Salleh.

Advertisements

Mereka tiba di Pusat Penamaan Calon bagi N21 DUN Kemasik di Dewan Sivik Kertih pada pukul 8.50 pagi.

Manakala Khairi Afiq pula menampilkan Mohd Saidy Mat Sidek dan Azman Mohamad sebagai pencadang dan penyokong.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) DUN Kemasik, Nurul Ain Husin mengumumkan, sehingga tempoh penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi pihaknya tidak menerima sebarang pencalonan lain.

Beliau berkata, tiada kertas pencalonan ditolak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan