32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PRN: Bas percuma bawa mahasiswa Kelantan balik mengundi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Kelantan akan menyediakan perkhidmatan bas kepada mahasiswa untuk pulang ke negeri itu bagi menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan. 

Menerusi kenyataan, Kerajaan Negeri Kelantan berkata, keputusan itu dicapai menerusi Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan 13/2023 bertarikh 21 Jun lalu.

Katanya, ini kerana kos perkhidmatan pengangkutan dijangka meningkat dan terhad disebabkan permintaan yang tinggi sewaktu musim PRN sekaligus membebankan mahasiswa serta ibu bapa. 

“Perkhidmatan ini akan diuruskan satu jawatankuasa khas yang diketuai Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan diurusetiakan Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri. 

“Tarikh bagi perjalanan balik adalah bermula 6 hingga 11 Ogos dan tarikh kembali ke destinasi asal adalah pada 13 hingga 15 Ogos,” katanya hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan tanggal 12 Ogos ini sebagai tarikh PRN yang akan diadakan serentak di enam negeri.

Advertisements

Antara negeri terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, penyediaan perkhidmatan bas tersebut bukan syarat untuk mahasiswa mengundi kerajaan negeri terdahulu namun mereka bebas memilih calon yang disokong.

“Mahasiswa dan mahasiswi bebas menggunakan hak mereka untuk memilih mana-mana calon atau parti politik yang bertanding tanpa terikat dengan apa jua syarat. 

“Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meringankan beban mahasiswa, mahasiswi serta para ibu bapa,” katanya.

Untuk keterangan lanjut hubungi Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri di talian 09-7481180. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan