25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Dasar ekonomi Rahmah sedang diperhalusi – KPDN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) akan memperhalusi inisiatif dasar ekonomi Rahmah dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, satu pelan baharu sedang dirangka bagi meneruskan meneruskan lagi inistif di bawah Payung Rahmah sekali gus membawa terus melangkah ke hadapan.

“Saya semalam dihubungi pejabat Perdana Menteri yang mana mereka agak teruja dengan konsep, polisi ekonomi Rahmah itu (sendiri). 

“KPDN telah diminta memberikan pandangan-pandangan konstruktif daripada inisiatif Payung Rahmah untuk dimasukkan ke dalam pelancaran Ekonomi Madani yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.

“Jadi, inisitif Ekonomi Rahmah itu akan diperhalusi, insya-Allah dalam tempoh beberapa minggu ini, KPDN akan kemukakan satu inisiatif Ekonomi Rahmah, katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Payung Rahmah bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia di sebuah pasar raya di ibu negara hari ini. 

Kerjasama kedua-dua syarikat itu akan menawarkan promosi eksklusif melalui tiga inisiatif di platform Grab termasuk Pakej Rahmah, Jualan Rahmah dan Bakul Rahmah.

Sementara itu, ditanya mengenai nama calon Parti Amanah Negara (Amanah) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau yang juga timbalan presiden berkata perkara itu akan diputuskan Isnin depan.

“Saya akan mempengerusikan (mesyuarat) Amanah mengenai calon pada Isnin akan datang. Inysa-Allah kita akan putuskan nama-nama calon yang akan bertanding dalam PRN enam negeri itu. 

“Saya rasa tidak ada masalah besar untuk Amanah kemukakan calon-calon terbaik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan