28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tak mungkin BN gabung dengan PH – Ismail Sabri

Tiada sesiapa dalam kalangan UMNO boleh mengubah keputusan MT secara bersendirian.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tidak mungkin Barisan Nasional (BN) akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Menurut beliau, keputusan itu telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO bahawa prinsip ‘No Anwar, No DAP’ kekal.

“Jika keputusan itu mahu disemak semula, ia perlu dibawa semula kepada MT UMNO. Bagi saya tak mungkin berlaku (bergabung dengan PH) sebab dalam PAU, di dalam MT keputusan telah dibuat… No Anwar, No DAP. No PKR, No DAP.

“Keputusan tersebut adalah keputuan autoriti tertinggi. Kalau nak reverse (keputusan) bawa balik ke MT dan mesyuarat agung untuk putuskan.

No Anwar, No DAP akan terus kekal. Saya percaya tidak ada sesiapa dalam kalangan UMNO boleh ubah keputusan MT secara bersendirian,” katanya.

Ismail Sabri ditemu bual dalam program Ruang Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di beberapa stesen televisyen utama, malam ini.

Ketika ditanya kekuatan BN untuk membentuk kerajaan yang stabil dengan gabungan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak, Ismail Sabri berkata, BN perlu menjadi sebuah gabungan dominan.

“Kita bertanding di 178 kerusi Parlimen dan seperti yang selalu disebut oleh kepimpinan kita di peringkat UMNO dan BN, kita mesti dominan.

Advertisements

“Kalau kita dapat 80 atau 90 kerusi misalnya, lebih mudah untuk parti lain bersama kita. Kalau kita ditanya setakat hari ini, kita yakin kita melepasi 112 (kerusi),” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, sekiranya tidak berlaku seperti itu, tiada pilihan bagi BN membentuk kerajaan campuran seperti mana di negara-negara maju.

“Kerajaan campuran adalah biasa dan jarang sebuah parti menguasai kerajaan secara keseluruhan. Biasanya akan berlaku kerajaan campuran.

“Kita juga bersedia, kalau kita tak dapat melepasi 112 (kerusi) kita terpaksa mewujudkan kerajaan campuran.

“Tapi kalau kita hanya 40 kerusi, orang lain 60 kerusi, tak mungkin kita boleh lead (pimpin) kerajaan campuran tersebut. Sebab kita nak kita yang lead.

“Sebab itu sasaran kita 112 kerusi, atau kalau tak boleh sekali pun, 80 atau 90, kita lebih dominan berbanding parti lain.

“Kalau kita menjemput mereka tentulah perdana menteri daripada kita. Kalau tidak orang lainlah akan jadi menjadi perdana menteri,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan