34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Poster PM, calon BN di Kuala Kedah dibakar

Susulan itu polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membakar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian poster kempen wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, cuba dibakar semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan daripada petugas BN pada pukul 3 petang semalam yang menyedari poster di Kampung Gelong Air, Mukim Gunung itu mengalami kerosakan.

Menurutnya, pengadu yang mengesyaki berlakunya unsur khianat terhadap poster kempen BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kemudian segera membuat laporan polis.

“Susulan itu polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membakar.

“Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti mereka yang terbabit melakukan perbuatan membakar poster itu,” katanya hari ini.

Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun berkata, pihaknya kesal dengan perbuatan khianat yang berlaku itu.

“UMNO Kuala Kedah amat kesal dengan kejadian ini. Tanpa menuduh mana-mana pihak kita berharap supaya tiada lagi perbuatan seumpama itu selepas ini. 

“Semua penyokong parti perlu berkempen secara berhemah dan mengelak daripada membuat provokasi yang boleh mendatangkan pergaduhan pada kempen pilihan raya umum ini,” katanya. 

-EDISI9

Terkini

1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib ketepi injunksi

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan injunksi Mareva yang diperoleh 1Malaysia Development...

Lagi Artikel Berkaitan