36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM tuntut Anwar minta maaf, tuduhan jahat hina anggota tentera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menuntut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas tuduhan menerima bayaran RM300 setiap seorang untuk mengundi awal.

Tegas beliau, ia satu tuduhan jahat yang menghina anggota tentera baik di Bera mahu pun di seluruh negara.

“Soal dibayar dan sebagainya, ia merupakan tuduhan yang jahat. Jangan menghina anggota tentera. Saya minta Anwar tarik balik tuduhan tersebut

“Dia (anggota tentera) mengundi pos. Dia (Anwar) tak faham agaknya. Dia ada tiga kategori, supaya Anwar faham ya. Pertama, undi pos. Tentera yang bertugas, polis dan yang terlibat dalam pilihan raya iaitu SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) malah media pun boleh undi pos.

“Dia (Anwar) kena faham itu. Waktu dia jadi Timbalan Perdana Menteri pun pernah itu, undi pos, undi awal dan barulah undi biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyantuni masyarakat Orang Asli dalam Program Moh Ngeteh Santai Orang Kita di Kampung Bongkok, Kemayan petang tadi.

Menurut Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bera, tiada seorang pun warga di Bera yang diberikan layanan istimewa oleh SPR untuk mengundi lebih awal daripada tarikh yang digazetkan suruhanjaya itu.

Anwar terdahulu mendakwa, ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera yang dibayar sejumlah RM300 untuk mengundi hari ini.

“Saya dapat maklumat sahih bahawa anggota tentera, undi pos telah mula mengundi pagi ini, (dan ia) melanggar peraturan SPR terutama untuk (kawasan) parlimen Bera dan (mereka) dibayar RM300,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Tambun itu turut menggesa SPR menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung perkara terbabit.

Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mereka yang layak telah dibuka automatik pada 10 Oktober susulan pengumuman pembubaran Parlimen Penggal ke-14.

Kumpulan berkenaan terdiri petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media dan warganegara Malaysia yang berada di luar negara.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi pada 15 November ini manakala hari mengundi adalah pada 19 November.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan