31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Lelaki turunkan bendera PH atas arahan parti

Lelaki itu adalah ejen pemantau PH dan bertindak menurunkan bendera berdasarkan arahan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan lelaki yang dikatakan menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, melakukannya atas arahan parti.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki menurunkan bendera itu adalah ejen pemantau PH dan bertindak menurunkan bendera berdasarkan arahan.

Menurutnya, arahan itu dikeluarkan Ketua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP KPR) P121-01, bersama wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) PP KPR Lembah Pantai.

“Arahan ini juga dikeluarkan selepas perbincangan dibuat dengan wakil calon kerana pemasangan bendera itu menutup pagar bahagian hadapan Muzium Negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan sebarang video atau apa-apa maklumat sebelum membuat semakan kesahihannya.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam. Orang ramai juga diingatkan tidak melakukan perbuatan bercanggah undang-undang dan peraturan bagi memelihara keamanan sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Baca juga:   Remaja perempuan lakukan aksi berbahaya antara ditahan

Terdahulu tular video berdurasi 34 saat memaparkan seorang lelaki sedang menurunkan bendera PH yang mana pada masa sama seorang individu merakam dan menyebarkannya di media sosial tanpa bertanyakan tujuan lelaki itu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH – Hadi Awang

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa tauke dan syarikat judi hanya layak bersama Pakatan Harapan (PH) dan...

Lagi Artikel Berkaitan