24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong santuni keluarga mangsa kemalangan maut

Konvoi Seri Paduka Baginda melalui lokasi kejadian sejurus kemalangan berlaku

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyantuni mangsa kemalangan maut ketika dalam perjalanan dari Istana Abdulaziz, Kuantan ke Istana Negara petang tadi.

Istana Negara menerusi hantaran dalam Facebooknya berkata, kejadian itu berlaku di Batu 12 Jalan Kuantan-Gambang membabitkan penunggang motosikal sejurus sebelum konvoi Seri Paduka Baginda kebetulan melalui jalan tersebut.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sedih dengan kemalangan yang telah meragut nyawa penunggang motosikal itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu,” kata Istana Negara.

Advertisements

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan