26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Penyokong BN diseru tidak berpecah, parti perlu dimenangkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARA penyokong Barisan Nasional (BN) serta rakyat diseru agar tidak berpecah menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka perlu memahami bahawa hanya parti itu yang perlu dimenangkan demi masa depan dan kestabilan negara, bukannya kerana kepentingan mana-mana pemimpinnya.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden UMNO yakin situasi itu tidak akan berlaku kerana sedar kekuatan BN selama ini adalah menerusi dukungan, kesetiaan dan keyakinan para jutaan penyokongnya di seluruh negara.

“Ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kesepakatan kita sehati sejiwa memasang tekad mengundi BN.

“Pemimpin datang dan pergi, tetapi andalah penyokong BN yang akan menentukan kelangsungan parti ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Menurut Zahid, beliau berharap peristiwa hitam 9 Mei 2018 tidak akan terjadi lagi pada 19 November ini kerana baginya pisang tidak akan berbuah dua kali.

Baca juga:   11 aduan rasuah, salah laku diterima SPRM

“Ketika itu baharu semua sedar mereka tertipu tetapi sudah terlambat kerana negara telah pun dikuasai oleh sebuah kerajaan gagal.

“Kerajaan yang terbentuk atas tipu daya dan tujuannya cuma untuk menamatkan riwayat BN serta pemimpinnya dengan mengenakan pertuduhan politik ke atas pemimpin yang setia, manakala yang melompat terlepas penganiayaan,” katanya.

Beliau juga meminta rakyat termasuk pengundi BN menyaksikan bagaimana parti mampu bangkit semula dengan mencipta kemenangan pada dua Pilihan Raya Negeri di Johor dan Melaka. – Edisi 9

Baca juga:   "Tak perlu ada 3 PM, 3 MB dalam satu penggal" - Ahmad Maslan

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan