32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Maqis rampas produk tenusu, tuna bernilai RM45,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas produk tenusu dan tuna dalam tin bernilai RM45,000 di Pelabuhan Barat, pada Isnin lalu.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, rampasan itu membabitkan 432 kotak produk tenusu dan 300 kotak tuna dalam tin.

Menurutnya, semakan mendapati dagangan dari Arab Saudi itu dibawa masuk dan tidak diikrar pada borang kastam selain tiada permit import Maqis.

“Kesemua dagangan bernilai RM45,000 itu dirampas dari sebuah kontena ketika pemeriksaan rutin yang dijalankan di pelabuhan.

“Ssehubungan dengan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh disabitkan di bawah Seksyen 11 (3), akta yang sama.

“Jika sabit salah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Maqis akan sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

Jelasnya, pemeriksaan itu juga bertujuan bagi memastikan pengimport sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan