30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Penerimaan orang ramai terhadap BN positif – Tok Mat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENERIMAAN orang ramai terhadap Barisan Nasional menunjukkan sentimen positif selepas memasuki hari kelima kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berlangsung, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengarah Pilihan Raya BN itu berkata, beliau juga berpuas hati dengan sambutan baik yang diterima parti itu dalam PRU kali ini berdasarkan kajian sikap serta body language yang ditunjukkan oleh orang ramai ketika bertemu pemimpin BN.

“Kalau dibandingkan PRU14 dan sekarang, saya rasa amat senang hati dengan PRU15 ini kerana sambutan serta body language tidak seperti 2018.

Advertisements

“Ketika itu (2018) kadang-kadang nampak kita pakai baju BN, pengundi cuba beralih dan tidak mahu bertemu, tetapi sekarang Alhamdullilah mana-mana kita pergi, kami mendapat sambutan mesra daripada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Chembong, hari ini.

Calon Parlimen Rembau itu berkata, sentimen positif rakyat terhadap BN dirasai bermula daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November manakala 15 November hari pengundian awal. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan