29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

TDM nafi kenyataan tular, kebenaran menteri kempen di kem

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TENTERA Darat Malaysia (TDM) menafikan kenyataan yang tular kononnya Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain membenarkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.

TDM dalam kenyataan berkata, kenyataan Zamrose telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan yang berupaya menjejaskan imejnya.

“Dalam artikel bertarikh 6 November, memetik kenyataan ‘Anggota Tentera Diingat Tidak Terbabit Secara Langsung Kempen PRU15’ telah dimanipulasi dengan kenyataan berikut: ‘Tetapi saya benarkan mantan menteri pertahanan masuk berkempen di dalam mana-mana kem tentera darat dia bertanding’.

“Kenyataan ini telah tersebar di aplikasi WhatsApp, adalah tidak wajar kerana disifatkan menyebarkan berita palsu,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, TDM memandang serius isu ini dan menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar dan dilihat mempunyai unsur tidak baik oleh pihak yang terbabit.

Advertisements

Beliau menjelaskan, dalam sidang media baru-baru, Zamrose hanya mengingatkan supaya anggota tidak terlibat secara langsung termasuk berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ini kerana dianggap melanggar peraturan yang ditetapkan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Malah, beliau turut menyatakan bahawa setiap anggota berhak untuk mengundi dan memilih siapa sahaja dalam PRU15 bagi menentukan masa depan negara,” katanya.

Sehubungan itu, kenyataan itu berkata, TDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memanipulasi atau cuba memprovokasi melalui penyebaran berita yang tidak benar yang akan menjejaskan nama baik TDM.

“TDM menyeru agar semua pihak berhati-berhati dalam menyebarkan sebarang berita atau maklumat yang diterima dan disarankan agar menyemak dahulu kesahihan sesuatu sumber berita sebelum disebarkan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan