32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mayat anggota TDM hilang ditemukan di Sungai Pahang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Mayat anggota tentera daripada 10 Briged Para yang dipercayai lemas ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang di Kawasan Am, Bera, Pahang Ahad lalu ditemukan hari ini.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan jasad Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa pada pukul 8.15 pagi tadi.

“Jasad Allahyarham yang merupakan anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para) telah ditemui oleh orang awam di kawasan Kampung Serengkam, Maran, Pahang kira-kira 70 Kilometer dari lokasi kejadian.

“TDM merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penduduk kampung serta agensi yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat,” kongsi kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, pihak TDM turut menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyarham iaitu Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya malah akan menghulurkan bantuan sewajarnya dari segala aspek dalam memastikan kebajikan keluarga tersebut.

Advertisements

“Perkembangan berkenaan pengurusan jenazah Allahyarham akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“TDM turut berharap agar masyarakat tidak menyebarkan gambar-gambar penemuan jasad Allahyarham bagi menjaga perasaan waris mangsa yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota tentera yang terlibat dalam latihan Eksesais Para Predator di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan